Wednesday, 16 May 2018

Harga Madu Kelulut

Secara umum beberapa faktor mempengaruhi harga MADU KELULUT di pasaran negara kita sekarang. Faktor utamanya ialah sama ada dijual secara pukal (borong) atau pun secara runcit. Biasanya harga borong lebih murah daripada harga runcit.

Faktor-faktor yang menentukan harga madu kelulut:

  1. Lokasi di mana madu tersebut dijual.
  2. Kekadang jenis spesis kelulut juga membezakan harganya.
  3. Cara pembungkusan juga mempengaruhi harga.
  4. Penjual dan pembeli.
Sehingga kini tiada kawalan harga madu kelulut di pasaran. Ia 100% bergantung kepada pasaran. Namun begitu ada usaha di negeri Perak menetapkan harga sekilogram antara RM180 - RM300.

Pada pandangan saya walaupun tiada penetapan harga minima dan 100% bergantung kepada penjual dan pembeli tetapi harga madu kelulut tidak boleh terlalu rendah contohnya ada yang menjual RM100/kilogram. Ini mungkin akan merosakkan industri kelulut pada masa depan.

Thursday, 15 February 2018

Genus dan Spesies Kelulut

Pertama kita perlu faham tentang Genus dan Spesis kelulut terlebih dahulu.

Dengan kata mudah Genus ialah Kumpulan, manakala Spesis pula keluarga dalam kumpulan tersebut...

Contohnya dalam Genus (kumpulan) Heterotrigona:

Ada 3 Spesis (adik-beradik) dalam genus tersebut iaitu

1. Heterotrigona Itama
2. Heterotrigona Erythrogastra
3. Heterotrigona Bakeri


SENARAI KUMPULAN KELULUT YANG TERDAPAT DALAM WIKIPEDIA:
Genus

Salam 2018

Assalamualaikum...

Selamat berkunjung ke ruang info kelulut. Semoga kita mendapat perkongsian maklumat yang bermanfaat.

Tewrima kasih....